Tuesday, July 28, 2009

farewell MJ !

mikaeel jackson..

'dit! michael jackson mati! kena langgar kereta kunun.. sadis woo dia eksiden'.. antara dialog my sis..

tkejut woo tyme first dgr dia meninggal.. tyme tu my sis smangat nie call.. macam ja MJ bagi duit sm dia. haha..

check dan terus check, mmg sah la. kesian.. dis one is for you legend.

Kesian kau Jacko
Hidupmu diperhatikan
Matimu dieksplotasikan
Hayatmu dimakan ubat
Hartamu direbutkan

Namun kau berjaya mengubah persepsi
Hitam putih ialah putih hitam
Kau berjaya Jacko!
Kau korbankan dirimu menjadi experimen
Untuk menjelaskan minoriti kepada majoriti
Juga majoriti kepada minoriti
Tentang pengorbananmu

Kesian kau Jacko
Penampilanmu dipersoalkan
Harimu diburu fuck-a-razzi
Kediamanmu diskeptikkan media
Peribadimu diselak diintai dihendap

Namun kau tabah berdepan realiti
Yang salah tidak mungkin menjadi benar
Kau berjaya Jacko!
Kau tampil merungkaikan persoalan
Untuk menjelaskan salah kepada benar
Juga benar kepada salah
Tentang persoalanmu

Biarlah mereka semua itu Jacko
Kesenanganmu kesusahan mereka
Tenang sahajalah kau di dunia itu
Pergimu tetap kami ingati
Matimu takkan kami ratapi
Biarlah hati sahaja bicara perasaan
Tentang kehilanganmu

najibxnasreen

farewell to yasmin ahmad, we will miss u.rest in peace our great film director..

No comments:

Post a Comment